berita

Menurut Kajian Jepun, Makan Lebih Nasi Boleh Elak Obesiti

May 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kesihatan & Hidup Aktif

Kebiasaannya individu yang ingin mengurangkan berat badan akan mengamalkan diet tidak memakan nasi. Namun siapa sangka individu yang memakan lebih banyak nasi dapat mencegah obesiti.

Menerusi Prof Tomoko Imai dari Kolej Seni Bebas Wanita Doshisha di Kyoto, penyelidikan baru daripada pakar mendapati individu yang mengamalkan diet gaya Jepun atau orang Asia yang berasaskan beras kurang mendapat risiko obes berbanding negara yang kurang memakan nasi.

Elak ambil secara berlebihan

Ini kerana kandungan serat, nutrien, sebatian tumbuhan yang terdapat dalam bijirin penuh rendah lemak itu dapat memberi rasa kenyang dengan lebih lama dan mengelakkan pengambilan secara berlebihan.

Menurutnya lagi, sebagai ketua penyelidikan itu dia mengatakan hasil daripada kajian mereka, negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji akan mendapat kadar obesiti yang rendah.

Pengambilan sebanyak 50 gram sehari

Hasil dari kajian mereka mendapati dengan pengambilan nasi sebanyak 50 gram sehari dapat mengurangkan kelaziman obesiti di seluruh dunia kepada peratus atau daripada 650 juta kepada 643.5 juta orang dewasa.

Difahamkan, diet rendah karbohidrat yang mengurangkan pengambilan nasi sangat popular dalam strategi untuk mengurangkan berat badan di negara maju, namun kesan beras terhadap obesiti masih tidak jelas.

Sumber: Medical Express

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×