Baru-baru ini, pelakon, Iqram Dinzly menerima kecaman hebat dari warganet selepas pendapatnya mengenai maksud zina ketika menyertai sesi podcast bersama beberapa orang pempengaruh YouTube di Singapura menjadi tular di media sosial.
Sesi podcast itu menjadi ‘hangat’ selepas salah seorang Youtuber terkenal Singapura, Dyn Norahim mempersoalkan tindakan Iqram yang dikatakan pernah menggunakan tajuk ‘Jom Berzina Di Masjid’ di media sosialnya.
Artikel Berkaitan: ‘Jom Berzina Di Masjid’ Iqram Dinzly Dikecam, Netizen Kata ‘Level Bahasa Dia Khayalan’
Jumpa di mahkamah
Terbaru, Iqram tampil memuat naik satu hantaran di Instagram stories mengenai pengalamannya menyertai sesi podcast tersebut.
Menerusi hantaran tersebut, Iqram menyifatkan sesi podcast yang disertainya itu sebagai salah satu sesi podcast yang paling teruk dan buruk pernah disertainya.
Menyedari beberapa potongan video yang tular di media sosial menyebabkan dirinya teruk dikecam, Iqram mendedahkan bahawa dirinya tidak teragak-agak akan membawa perkara ini ke muka pengadilan.
Baru selesai tonton sesi podcast terbodoh di YouTube. Sumpah menyesal dowh. Orang bilang ni podcast nombor satu di Singapura? Cit podah!
Aku rasa inilah podcast nombor satu paling bangang yang aku datang! Tunggu aku turun bawa saka aku Prinx Chiqy Dinzly hentam sama lu.
Jumpa anda di mahkamah.
Terdahulu, kecoh di media sosial memaparkan beberapa potongan video Iqram yang memberikan pandangan nya mengenai maksud zina. Kenyataan yang dikeluarkan Iqram itu mendapat kecaman hebat warganet sehinggakan ada yang berpendapat pelakon berkenaan sudah tersasar jauh dari landasan sebenar.
Sumber: Instagram