Tindakan seorang influencer atau personaliti media sosial mengeluarkan kenyataan ‘apa kata korang bungkus makan kat rumah’ gara-gara anak lelakinya dipandang serong ketika menangis di kedai makan menarik perhatian pelakon Betty Rahmad.
Artikel Berkaitan: Anak Menangis Di Kedai Makan Dipandang Serong, Influencer Geram Mana ‘Common Sense’
Patut makan kat rumah saja
Menerusi video di TikTok, Betty menekankan dia sama sekali tidak bersetuju dengan solusi yang dinyatakan oleh ‘influencer’ itu.
Kata Betty, sebagai ibu sepatutnya sudah menyediakan mainan untuk anak sementara ingin menghabiskan makanan.
Pertama sekali, saya minta maaf kalau ulasan ini mengguris hati akak atau sesiapa yang tengok video ini. Saya ada anak kecil dan selalu pergi makan kat kedai makan.
Saya tak setuju langsung dengan kenyataan akak cakap kalau tak suka bising pergi makan kat rumah sebab patutnya mak bapa yang ada anak-anak yang kuat meragam, suka menangis dekat luar ini yang patut berbuat sedemikian.
Sebab apa? Kalau kita dah tahu anak kita ini kuat menangis, tak boleh lama-lama dekat luar, kita kena bawa la something. Mainan yang boleh bagi dia leka sekejap sementara kita tengah makan.
Atau boleh bawa keluar daripada kedai makan itu bagi dia tenang kemudian masuk balik supaya tak menggangu orang lain.
Jangan selfish
Dalam pada itu, pemilik nama Norsha binti Rahmad Ali menyatakan tujuan pelanggan datang ke restoran untuk makan bukan ingin dengar anak kecil menangis.
Justeru, tegas Betty, ibu bapa seeloknya memainkan peranan bukan bersikap pentingkan diri (selfish).
Sebab mereka semua datang kat kedai makan tu kak, mereka bayar untuk makan bukan nak dengar anak kita menangis.
Jadi, tak baik kita pentingkan diri. Saya pun sakit hati, saya pun pandang 360 darjah ja kalau nampak mak bapa yang elok-elok ja makan padahal anak tengah menangis dan mengganggu orang lain kat sana.
Sumber: TikTok