Laporan Harian Metro semalam mendedahkan kes lelaki yang dilanggar isterinya sendiri rupanya adalah kes lama dan sudah diselesaikan. Dalam video pendek itu, lelaki berkenaan dilanggar kereta jenis Perodua Myvi sehingga koma. Lelaki berkenaan dikatakan menahan kereta daripada berlalu namun gagal berbuat demikian.
Artikel berkaitan: Patutlah Kena Langgar…
Mangsa, Ku Fazly bagaimanapun mengatakan dia tidak tahu menahu mengenai kes berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa.
Tahu kes menerusi media
Menurut Ku Fazly, dia hanya mengetahui mengenai kes berkenaan menerusi laporan berita di media dan langsung tidak menerima surat mahkamah berkenaan kes itu.
Saya hanya tahu pemandu kereta terbabit sudah didakwa selepas membaca laporan media, malah saya tidak menerima surat keputusan mahkamah berhubung perkara itu.
Sepanjang tempoh saya membuat laporan polis hingga ke hari ini, saya tidak dimaklumkan mengenai kes itu sudah didakwa di mahkamah.
Kecewa suspek didenda RM1200
Ujarnya lagi, apa yang menambah kekecewaannya adalah apabila mengetahui pelaku hanya didenda sebanyak RM1200 sahaja. Bagaimanapun dia mengakui tidak mempertikai jumlah dikenakan namun apa yang menjadi isu adalah nyawanya yang dipertaruhkan.
Saya bertambah kecewa apabila dimaklumkan denda dikenakan adalah pada kadar minimum iaitu RM1,200 atas kesalahan dilakukan.
Bukan jumlah yang dipertikaikan, tetapi nyawa saya jadi taruhan. Bayangkan saya terpaksa berulang-alik ke hospital lebih dua bulan sebelum boleh berjalan seperti biasa akibat kecederaan dialami, kerana bukan saja dilanggar tetapi juga dipukul.
Namun mereka terus bebas begitu saja tanpa memohon maaf kepada saya dan anak-anak.
Anak sulung terpaksa ambil ubat penenang
Tambahnya lagi, kerana insiden berkenaan, anak sulungnya turut terkesan apabila terpaksa mengambil ubat penenang kerana ketidaktentuan emosi dialami.
Anak sulung saya kini terpaksa mengambil ubat penenang kerana emosinya terganggu akibat kejadian itu yang berlaku di depan mata mereka.
Saya sedih mengenangkan nasib anak-anak yang kini di bawah jagaan saya dan isteri kedua sejak mereka dijemput dari rumah bekas mak mentua di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada Oktober tahun lalu.
Mereka menyatakan rasa kasihan pada saya kerana diperlakukan sedemikian oleh bekas isteri (isteri pertama) hingga dia sanggup bertindak melanggar saya. Namun, saya lebih sedih mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil tetapi terpaksa berdepan dengan isu ini hingga mengganggu emosi mereka.
Sumber: Harian Metro