berita

Mereka Belum Putus – Ibu Uqasha Senrose

October 24th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pekin-Ibrahim

Semalam, kecoh dunia hiburan apabila timbul spekulasi mengatakan pelakon baru, Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim telah pun putus tunang.

Disebalik kekecohan itu, Sharnaaz Ahmad dikatakan punca keretakan hubungan mereka berdua namun pelakon berusia 26 tahun ini menafikan dakwaan tersebut dan mengakui dia hanya berhubung dengan Uqasha di set penggambaran saja.

Menerusi mStar Online, ibu Uqasha mengesahkan bahawa anaknya tidak putus tunang dan masih menunggu penjelasan dari kedua-dua pelakon ini.

“Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus.

“Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku.”

Screen Shot 2013-10-24 at 10.55.43 AM

Sharnaaz menafikan dia punca hubungan Pekin dan Uqasha retak

Namun menerusi laporan Kosmo! hari ini, Pekin khabarnya telah mengambil keputusan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Uqasha Senrose.

“Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.

“Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti.”

Nampaknya dari sebelah Pekin, pelakon ini sudah mengambil keputusan yang muktamad dan sebentar tadi OHBULAN! cuba menghubungi Uqasha, namun pelakon ini tidak menjawab panggilan.

SKIP THIS AD ×