Pelakon, Izara Aishah tampil membalas kenyataan seorang individu berhubung isu warga Palestin yang diterbangkan ke Malaysia untuk dirawat baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Tak Mampu Tahan Emosi, Berang Dengan Kes Bunuh Zulfarhan – ‘Banyak Duit Tapi B*d*h, Syirik’
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Dituduh Ke Kelab Malam Selepas Berhijrah, Individu Tampil Buat Permohonan Maaf – ‘Saya Tak Berniat Nak Fitnah’
Izara bersuara
Menerusi ciapan di platform X, individu tersebut mengkritik sikap segelintir rakyat Malaysia yang disifatkan hipokrit.
Orang Malaysia, bila benda macam ini mudah terharu sampai berair air mata.
Tapi bila minta hak pelarian untuk akses kepada kemudahan asas manusiawi seperti kerja dan pendidikan korang melenting.
Hipokrit, nasionalisme adalah barah.
Terkesan dengan kenyataan tersebut, Izara menegaskan bahawa warga Palestin yang dibawa ke Malaysia baru-baru ini adalah hanya untuk dirawat.
Ingat warga Palestin nak sangat ke jadi rakyat Malaysia? Mereka datang untuk dirawat sahaja.
Dalam masa yang sama, pelakon filem J Revolusi itu berkata kebanyakkan rakyat Malaysia berasa sebak melihat warga Palestin teruja datang ke negara ini kerana mereka berdepan dengan peperangan hampir setiap hari.
Berair mata sebab bayi kena penggal kepala dekat sana hari-hari.
Dia seronok tengok negara Malaysia, negara yang selama ini selalu tolong. Mestilah kita terharu, mereka ini sangat susah nak tinggal negara mereka.
Masjid Al-Aqsa ada di situ, bukan Masjid Jamek.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Izara.
Setuju, mereka datang untuk terima rawatan sahaja bukan nak kerakyatan pun. Hospital dekat sana dah overload sebab peperangan masih tidak berhenti.
Ramai rakyat Palestin yang sayang negara dia, sanggup mati untuk negara dan agama.
Untuk info, seramai 41 orang rakyat Palestin yang cedera berikutan serangan Israel bersama 86 ahli keluarga mereka telah selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang pada Jumaat.
Sumber: Platform X Izara