berita

‘Mereka Kata Tulen’ – Ketua Polis Negara Sahkan Video Intim Mirip Menteri Tulen

July 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Sebelum ini viral di media sosial berkenaan video lucah mirip seorang menteri Malaysia. Selepas itu, muncul seorang lelaki yang membuat pengakuan bahawa video tersebut merupakan dirinya bersama menteri yang dikaitkannya itu.

Terbaru, menerusi MalaysiaKini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador telah mengesahkan video intim tersebut adalah tulen.

Video itu tulen

Tambahnya lagi, pihak Cybersecurity tidak dapat mengesahkan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan.

Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan seratus peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

Tak boleh memandai-mandai

Dia turut menegaskan bahawa dia tidak boleh memandai-mandai dalam perkara ini dan berharap orang ramai faham akan tanggungjawabnya sebagai ketua polis negara.

Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara.

Sumber: MalaysiaKini

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×