Selebriti, Roslan Shah mendedahkan dia adalah individu yang bertanggungjawab membawa pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose ke Singapura atas urusan perniagaan.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Mesti Bunuh Dia’ – Uqasha Senrose Dedah Mesej Di WhatsApp, Mohon Netizen Jangan Komen Benda Bodoh!
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Simpati Nasib Kamal Adli, Doa Pembedahan Berjalan Lancar
Sudah pindah hotel
Menerusi satu sesi ‘live’ di Instagram (IG) miliknya, Roslan, 51, menjelaskan situasi dan keadaan terkini Kamal Adli dan isterinya. Tambah Roslan, mereka bertiga masih lagi berada di Singapura namun lokasinya perlu dirahsiakan.
Semalam saya menangis, sebak lihat dia berlumuran darah. Dia sahabat saya kan. Saya bawa dia ke Singapore ni untuk berniaga.
Ketika sesi berkenaan, pelakon dan pengacara ini memaklumkan mereka telah pun berpindah ke hotel di tempat lain selepas tragedi tersebut.
Polis Singapura sedang jalankan siasatan. Jadi Kami tak boleh memberikan sebarang maklumat kerana polis sedang buat kerja. Kita kena hormat pasukan polis.
Difahamkan, Roslan akan berjumpa dengan mereka sebentar lagi dan bakal memberikan informasi lanjut mengenai rencana dan keputusan mereka sama ada mahu pulang ke tanah air atau tidak.
Bagaimanapun, aktor yang lebih mesra disapa Cik Lan ini memohon doa orang ramai agar terus mendoakan urusan Kamal dipermudahkan.
Terdahulu, Kamal Adli telah diserang oleh lelaki tidak dikenali menggunakan cota di Singapura sehingga terpaksa melakukan pembedahan.
Sumber: Roslan Shah