berita

‘Mereka Rasa Itu Jenaka, Tapi…’ – Tarian Pelajar Diketawakan, Ini Respon Fauziah Nawi

August 28th, 2018 | by faris
Kini Trending

Persembahan ala teater oleh sekumpulan anak muda mendapat perhatian netizen tempoh hari. Persembahan berjudul Kembang Layarku itu disiarkan secara langsung dalam sebuah program talkshow dan kemudiannya viral di laman sosial kerana keunikan yang ditunjukkan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tarian ‘Pelik’ Kumpulan Ini Tarik Perhatian Netizen, Rupanya…

Pelbagai label dan kritikan diterima oleh kumpulan berkenaan selain menganggap persembahan itu tidak masuk akal. Rupanya, Kembang Layarku dipersembahkan oleh anak didik aktivis teater Fauziah Nawi untuk tujuan promosi teater mereka.

Tiket 3 hari habis terjual

Pengasas Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) itu berkata dia tidak terkilan apabila video persembahan anak didiknya viral dan menjadi bahan jenaka netizen. Malahan, dia juga tidak menjangkakan persembahan itu akan tersebar walaupun teater berkenaan telah habis dipentaskan pada Julai lalu.

Teater Kembang Layarku sebenarnya dah lama dipentaskan. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat liputan meluas, tiket untuk tiga hari pementasan bermula 27 hingga 29 Julai lalu, habis terjual.

Tapi, saya tak sangka pula yang ia akan tular lebih lewat. Tapi, tak mengapa kerana mungkin selepas tular, ramai akan nampak kewujudan kami (Sanggar Teater).

Netizen tak faham sebab tengok hanya sebahagian

Menurut pelakon veteran ini lagi, pada awalnya, anak muridnya itu takut untuk memaklumkan mengenai penularan video berkenaan kerana bimbangkan dia akan berkecil hati, namun dia mengakui tidak kisah dengan cakap-cakap orang.

Mulanya, mereka takut untuk maklumkan mengenai penularan video itu kepada saya. Alasannya, mereka takut saya berkecil hati andai kata mereka memalukan saya di acara TV itu.

Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mungkin ramai yang tidak faham kisah yang cuba disampaikan menerusi teater itu. Kalau mereka nak kecam dan cakap yang bukan-bukan, saya tak kisah.

Ujar Fauziah lagi, netizen menganggap persembahan itu lucu kerana hanya menonton sebahagian daripada keseluruhan karya berkenaan. Tambahnya, jika menonton sehingga akhir, dia yakin penonton akan memahaminya.

Mereka rasa itu jenaka, tapi sebenarnya banyak emosi dipertontonkan. Itu cuma sebahagian saja. Kalau mereka tonton pementasan penuh, mesti mereka faham.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×