berita

Mereka Sudah Terima Saya Semula – Shahrizal Jaszle

October 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shahrizal Jaszle

Satu kenyataan menenangkan bagi mana-mana lelaki yang cintakan bakal isterinya. Akhirnya selebriti yang pernah dikaitkan dengan kontroversi tangkap khalwat, Shahrizal Jaszle, tampil memberi kenyataan mengatakan keluarga Redzwani Puteri telah menerimanya semula.

Pelakon berusia 25 tahun ini menerusi mStar Online mendedahkan, dia bersyukur kerana kini hubungannya bersama Redzwani telah kembali pulih.

“Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya.

“Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur.”

Shahrizal Jaszle & Tunang

Shahrizal Jaszle bersama tunang, Redzwani Puteri

Shahrizal turut menguatkan lagi kenyataannya dengan memberitahu bahawa kini dia sedang mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya bersama tunangnya.

“”Memang sekarang ini saya tengah mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani.”

Sekitar bulan Jun lepas, susulan daripada kontroversi ditangkap khalwat, keluarga tunang Shahrizal telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan anak mereka dengan memulangkan semula cincin tanda pertunangan antara dia dan Redzwani.

Dalam pada itu, Shahrizal bakal naik ke mahkamah pada 12 November ini untuk sebut semula kes.

SKIP THIS AD ×