Sebelum ini, Intan Saleh memberitahu dia telah menerima bantuan daripada pihak peguam berhubung penerimaan surat tuntutan daripada bekas suaminya, Ude Wahid dan isteri yang juga pelakon Izreen Azminda, kerana isu hantaran di media sosial.
Terbaru, Intan terpanggil untuk menjawab beberapa dakwaan yang diperkatakan sejak kebelakangan ini terutama berhubung isu peguamnya.
Artikel Berkaitan: Intan Saleh Lantik Peguam, Bakal Berhadapan Dengan Izreen Azminda & Bekas Suami
Artikel Berkaitan: ‘Tak Best Pun Sibuk Hal Hang’ – Izreen Azminda Harap Intan Saleh Tak Ilusi & Twist Cerita, Jom Jumpa Bawa Suami Sekali
Terpanggil untuk menjawab
Menurut Intan, dia sedar diri sejak awal lagi tidak berkemampuan untuk membayar kos peguam demi mempertahankan diri.
Dakwa Intan, kali ini dia disaman kerana beberapa posting di Instagram Stories yang menyentuh tentang luahan hati seorang ibu tunggal yang terpaksa menguruskan anak secara sendirian.
Tambah Intan, dia tidak pernah menyebut nama mana-mana pihak sedangkan pihak berkenaan didakwa tidak henti mengugut dan menghinanya.
Intan dari awal memang sedar diri sebab tu apa saja yang berlaku Intan banyak mendiamkan diri. Dari awal Intan memang malas nak layan. Tak nak fikir. Nak jaga anak, fikir anak-anak, fikir cari rezeki untuk hidup. Kalau nak ikut hati macam-macam nak buat sebab macam-macam rasa pada awal dulu. Baik dari segi emosi mahupun kewangan, seperti yang semua tahu Intan memang seorang suri rumah sepenuh masa sebelum ni. Tapi alhamdulillah Allah temukan Intan dengan seorang suami yang baik.
Sesekali Intan menulis di sosial media tanpa sebut dan bermaksudkan mereka pun Intan disaman, kerana mereka tahu Intan tiada kemampuan melawan. Tak ada duit berpuluh ribu nak hire lawyer untuk mempertahankan diri. Hari ini kita sedar duit boleh buat apa saja. Membuli yang lemah dengan undang-undang. Intan hanya manusia biasa, kadangkala nak tulis pasal isu semasa seperti kes yang berkaitan pun Intan takut. Takut dikatakan tak move on, hati busuk sbb dengki dengan kebahagian mereka, tak redha.
Kali ini Intan disaman kerana beberapa story di IG yang betul-betul kerana luahan hati seorang ibu tunggal waktu itu menguruskan anak sendirian, adakah perlu sehingga menyaman walau intan tiada pernah menyebut nama mereka? Padahal mereka sendiri tidak habis mengugut dan menghina kami. Kami hanya berdiam diri kerana sedar diri.
Berbicara lebih lanjut, Intan berkata sehingga hari ini dia masih lagi menerima direct message yang mengatakan pihak tersebut masih bercerita tentangnya.
Kalau korang dekat tempat saya sekarang apa yang korang akan buat? Bangkit melawan atau akur dengan tuntutan saman mereka? Bila disaman saya menangis, tiada hala tuju dan meluah perasaan di laman IG sendiri, saya dihina lagi, dikata saya tak move on. Macam mana nak move on kalau tiba-tiba dapat surat saman? Kene diam ke? Dan lansung tiada hak untuk buka mulut. Jangan kata Bonda tak move on. Bayangkan kalian semua kat tempat Bonda, cakap sikit kena saman, kena diam seribu bahasa atau tutup IG .
Tuduh peguam tarik diri
Bercakap mengenai soal peguam tarik diri, Intan memberitahu dia sangat terhutang budi dengan peguamnya kerana banyak membantunya sejak awal diserang dengan LOD dan seterusnya saman mahkamah dengan bayaran ‘seikhlas hati’.
Sejujurnya sehingga hari ini Intan tak mampu membayar, dalam hati rasa mahu lari kerana rasa masalah intan ini menyusahkan ramai orang, tetapi saya tiada pilihan. Saya memang akan cuba cari pendapatan dan bayar segala kos peguam yang sangat ikhlas hati membantu saya ketika saya berada ditahap paling bawah.
Sekiranya kali ini saya bangkit melawan dengan serangan saman mahkamah mereka, selepas bertahun senyap, Saya rasa perjuangan saya bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk semua wanita lain yang teraniaya. Saya perlukan semangat dan sokongan semua, kata-kata yang baik dan doa yang baik untuk saya hadap saman mereka. Doakan semoga bonda dapat kekuatan seperti insan kuat @puterisarahliyana @syushukrii @aisyahhijanah dan wanita kuat lain di luar sana.
Sumber: Intan Saleh