berita

‘Mesin Basuh Bukan Untuk Basuh Manusia’ – Pemilik Dobi Respon Video Viral

October 2nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Tidak lama dulu satu Malaysia marah apabila 3 orang lelaki bertindak kejam apabila ‘memanggang’ seekor ibu kucing sarat bunting sehingga mati. Lain pula ceritanya siang tadi apabila seorang lelaki memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh layan diri untuk bergurau. Keadaan panik tercetus apabila mesin basuh itu tersekat dan tidak boleh dibuka.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ingin Bergurau Letak Anak Dalam Mesin Basuh, Tapi Lain Pula Yang Jadi

Pemilik dobi layan diri di Rawang kemudiannya dihubungi pihak Astro Awani untuk mendapatkan gambaran lanjut tentang apa yang terjadi.

Sudah buat laporan polis untuk insurans

Menurut pemilik dobi terbabit, Mohamed Nazir Abd Razak, pihaknya akan meletakkan papan tanda untuk memberi peringatan kepada pelanggan menggunakan mesin basuh dengan sebaiknya.

Secara logik, mesin basuh bukan untuk basuh manusia. Tetapi kita boleh letak signage mengingatkan pelanggan supaya jangan letak manusia di dalam mesin.

Bagaimanapun, perkara sebegini di luar jangkaan kita. Biasanya, dobi akan letak signage yang berkata letak pakaian sahaja. Kasut pun tidak boleh masuk (mesin basuh).

Pihaknya turut mengesahkan sudah membuat laporan polis bagi tujuan tuntutan insurans, bukan pertuduhan kepada keluarga mangsa.

Kita buat laporan polis sebab hendak buat tuntutan insurans. Ia bukan pertuduhan terhadap keluarga (mangsa).

Tentang tuntutan pula, saya sendiri belum tahu lagi berapa kos kerugian sebab mesin basuh ini dari luar negara. Saya juga kena bincang dengan team saya terdahulu tentang isu tuntutan.

Bapa janji bayar ganti rugi

Menurut seorang lagi pemilik bersama dobi terbabit, Hazmal Hassan, lelaki berkenaan berbuat demikian untuk bergurau namun malangnya pintu mesin basuh tidak boleh dibuka semula.

Pihaknya masih mengenalpasti sebab kegagalan pintu berfungsi namun tidak menolak kemungkinan terlebih had berat.

Lelaki itu masukkan anak buahnya dalam mesin basuh dan menutup pintu mesin tersebut. Kemudian dia mendapati pintu tersebut tersekat dan tidak boleh dibuka.

Pihak kami masih sedang mengenal pasti kenapa pintu tersebut tidak boleh dibuka. Saya anggap, ia mungkin kerana berat muatan melebihi had yang dibenarkan.

Tambah Hazmal lagi, bapa kanak-kanak tersebut telah pun menghubunginya untuk meminta maaf.

Dia juga ada berjanji untuk membayar kos ganti rugi mesin itu.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×