berita

[VIDEO] Syamel Sibuk Workout, Gelagat Ernie Zakri & Aina Abdul Bergosip Di Belakang Buat Netizen Terhibur

May 25th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sepotong video yang menyaksikan gelagat tiga penyanyi bervokal lantang iaitu Syamel, Ernie Zakri dan Aina Abdul ketika mereka berada di sebuah gymnasium baru-baru ini mencuit hati netizen.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Hilang Suara Sebelum Konsert Satu Suara Vol.3 – ‘Saya Total Lost & Tiada Plan B, Tetapi ..’

Artikel Berkaitan: Masalah Dalaman Jadi Punca Pengunduran Pengurus Aina Abdul

Gossip satu senaman

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok milik Syamel, dapat dilihat dia sedang melakukan senaman (workout) sambil menggunakan salah satu alatan jenis treadmill di pusat gymnasium berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah gelagat isterinya, Ernie dan Aina yang sedang berborak rancak di belakang.

Menerusi ruangan kapsyen, ayah kepada seorang cahaya mata itu berseloroh mengatakan aktiviti bergosip juga merupakan salah satu bentuk senaman.

Gossip pun satu senaman.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur menyaksikan video berdurasi 0.15 saat itu.

Malah, ramai netizen yang cuba meneka apakah yang diborakkan oleh kedua-dua penyanyi wanita tersebut.

Video

@syamel_official Gossip pun satu senaman ? #fyp #fyp? ? Obituary – Alexandre Desplat


Sumber: TikTok

 

SKIP THIS AD ×