berita

Mesti Tonton Syawal Ke-4 : Projek Raya Pak Nil & Lisa Surihani Di Astro Ria

July 31st, 2014 | by Ai
Kini Trending

Aznil

Pejam celik pejam celik, dah masuk raya ke-4 kan? Pantasnya masa berlalu, sibuk beraya sampai tak sedar kan? Maklumlah, ada yang dapat cuti seminggu. Hehe.

Korang pun mesti dah penat berjalan menziarahi saudara dan teman rapat kan, jadi hari ini apa kata relax je dirumah. Banyak rancangan menarik di televisyen tau!

Program khas sempena Syawal semuanya best-best. Jadi, apa kata picit remote Astro anda, alihkan ke siaran Astro Ria. Apa yang menarik? Hey, ada Pak Nil & Lisa Surihani lah!

Movie-Vikingdom-45

Kalau korang nak tahu, program ini sangatlah istimewa Pak Nil dan Lisa Surihani akan menghias Rumah Anak Yatim sempena menyambut Syawal.

Iyalah, dalam pada kita bergembira, jangan dilupa pada mereka yang tiada ibu bapa lagi. Jadi, mungkin ini salah satu cara untuk menggembirakan hati mereka. Siapa tahu kan?

Nak tahu apa jadi pada rumah anak yatim tersebut? Haa, cantik ke tidak kan? Jadi jangan lupa tonton Projek Raya Pak Nil & Lisa Surihani tepat jam 4 petang nanti ya!

SKIP THIS AD ×