berita

Mesut Ozil & Maher Zain Seru Ramai Artis Bersuara Demi Kebebasan Uighur Di China

December 18th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pemain bola sepak kelab Arsenal iaitu Mesut Ozil sebelum ini lantang meluahkan kenyataannya terhadap isu etnik Uighur di Xinjiang, China. Kenyataan di laman Twitter rasminya mengkritik rata-rata negara Muslim gagal bersuara membantah kekejaman China terhadap umat Islam di negara itu.

Selain daripada Mesut Ozil, penyanyi Insha Allah iaitu Maher Zain juga turut agar ramai lagi pihak bersuara demi sahabat Muslim di Uighur.

Thank you brother for standing up to injustice!

Maher Zain menyeru agar ramai lagi rakan selebriti mula bersuara mengenai penindasan yang dihadapi etnik Uighur di negara China itu seperti dilakukan pemain bola sepak, Mesut Ozil. Dia turut berterima kasih kepada Ozil kerana berani bersuara demi keadilan dan keamanan penduduk Islam di sana.

It takes a lot of courage for a celebrity to speak up about the atrocities that our Uyghur brothers and sisters face in China, the way Mesut Özil did. Thank you brother for standing up to injustice!

Where are the Muslim countries and their media?

Sebelum ini, Ozil telah meluahkan pendapatnya terhadap kekejaman yang berlaku melibatkan sahabat Muslim kita di negara China itu di laman Twitter. Tindakan berani Ozil itu telah menyebabkan ramai rakyat China melenting dan marah.

Al-Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah muslim diharamkan. Ulama dibunuh satu per satu. Saudara se-Islam dihantar ke Kem. Muslim tidak bersuara, suara mereka tidak kedengaran. Dimanakah negara Muslim dan media semua?

Ya Allah, bantulah abang dan kakak kami yang berada di Timur Turkestan itu. Sesungguhnya, Engkaulah sebaik perancang.

Sumber: Maher Zain

SKIP THIS AD ×