berita

Konsert Metallica Live In Singapore Ogos Ini

June 24th, 2013 | by Ai
Hollywood

Metallica1

Ini adalah berita baik buat semua peminat band heavy metal terutamanya Metallica. Buat pertama kalinya dalam masa 20 tahun, kumpulan yang berasal dari Amerika ini akan membuat persembahan di Singapura pada 24 Ogos 2013.

Khabarnya konsert mereka akan diadakan di Changi Exhibition Centre dan lebih menarik lagi, Metallica merupakan kumpulan artis pertama yang bakal mengadakan konsert di situ.

Untuk pengetahuan semua, Metallica mula ditubuhkan pada tahun 1981 oleh pemain dram kumpulan itu, Lars Ulrich bersama gitaris dan vokalisnya.

Bermula dengan cuma membuat persembahan di kelab hiburan dan garaj pada awal tahun 80-an, Metallica kini menjadi band senior yang mempunyai peminat tersendiri sehingga kini.

Populariti Metallica terbukti apabila album mereka yang berjudul ‘Death Magnetic’ telah dilabel sebagai album platinum selepas enam minggu ia mengungguli Billboard Top 200 Album Chart pada bulan Oktober 2008.

Metallica Singapore Artwork

Walaupun peminat di Asia Tenggara kurang mendengar berita mengenai band ini, namun perjalanan seni mereka masih berjalan lancar terutamanya di Amerika.

Pada musim panas yang lepas, Metallica telah membuat persembahan di hadapan 180,000 peminatnya di Sports Arena, Mexico City bersempena dengan ulangtahun mereka yang ke-30.

Bagi yang dah tak sabar untuk menghadiri konsert Metallica, anda boleh dapatkan tiket pilihan anda di Sistic dengan harga masing-masing $188 dan $148.

Untuk pengetahuan anda juga, perkhidmatan shuttle bus juga disediakan untuk memudahkan penonton hadir ke Changi Exhibition Center. Dengar kata tambang untuk setiap perjalanan adalah $5. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila layari laman web LAMC Productions. Jangan ketinggalan!

SKIP THIS AD ×