berita

#MH370 : Dato’ Siti Tuju Lagu, Jimmy Shanley Pula Cuba Berjenaka

March 11th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Pelancaran-Stesen-Radio-Baru-KL-41

Berderau seketika darah kami apabila membaca tulisan Jimmy Shanley di Instagram mengatakan penyanyi Fazli Zainal merupakan salah seorang penumpang yang berada di dalam pesawat MH370.

Namun kerisauan mula pudar apabila Jimmy memberitahu ianya adalah pada bulan lepas. Mungkin penyampai radio Ultra FM ini cuba menenangkan jiwa sebahagian rakyat Malaysia yang tetap setia menanti khabar berita dari pihak-pihak berkuasa mengenai kehilangan pesawat berkenaan.

Screen Shot 2014-03-11 at 11.07.18

Meskipun begitu, masih ramai lagi yang bersedih dan tertanya-tanya dengan keadaan krew serta penumpang yang terlibat. Dimana mereka sekarang? Apa yang berlaku kepada MH370? Itu antara persoalan terbesar yang masih belum terjawab sehingga kini.

Sementara itu menerusi akaun Instagram Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor negara berkenaan telah berkongsi lirik lagu terbarunya berjudul Jaga Dia Untukku untuk tatapan peminat.

Screen Shot 2014-03-11 at 10.56.52

Jika membaca lirik hasil tulisan Sang Dewi itu, hati serta-merta meruntun sayu dan hiba terkenangkan nasib mereka yang berada di dalam pesawat berkenaan. Penulisnya menganggap lagu itu sangat sesuai untuk mewakili hati semua bagi menempuh peristiwa duka ini.

Buat pembaca di luar sana, janganlah berputus asa untuk mendoakan yang terbaik biarpun misi mencari dan menyelamat sudah memakan masa berhari-hari lamanya. Semoga dalam masa terdekat ini kita semua memperoleh petunjuk dari Yang Maha Kuasa.

SKIP THIS AD ×