berita

Mia Sara Dakwa Tiada Didikan Islamik, Puteri Balqis Naik Angin – ‘Pakai Tudung Tak Beri Anda Akses Percuma Untuk Bercakap Buruk!’

February 10th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Nama pelakon Mia Sara sekali lagi mendapat perhatian di Twitter selepas menyuarakan pendapat terbuka mengenai kehidupan aktres Puteri Balqis.

‘Dia tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan di bahunya.’ Itu yang ditulis oleh Mia menerusi akaun TikTok miliknya.

Artikel Berkaitan: Dilabel ‘Syok Sendiri’ & Cuba Raih Perhatian Netizen, Mia Sara Mohon Maaf Isu ‘Tweet’ Ramai Gadis TikTok Menyerupai Dirinya

Mengapa menulis buruk tentang saya?

Menyedari penulisan Mia, Balqis tidak mendiamkan diri lalu membalas dengan kapsyen panjang lebar di Instagram (IG). Kata Balqis, 15, tindakan Mia itu membuatkan ramai netizen bercakap tentangnya dan telah menyakitinya dalam masa sama.

Saya baru tahu tentang ini (Mia Sara). Mengapa selebriti ‘budak-budak’ ini menulis buruk tentang saya dan kehidupan saya dalam TikTok serta meninggalkan komen secara umum? How angelic of you (baiknya diri anda).

Saya disumpah seranah oleh beribu orang selepas dia meninggalkan komen tentang diri saya. Sejujurnya, apa yang ditulisnya sangat melukakan hati saya.

Ibu saya didik dengan baik

Bengang nama ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, turut terkait, pemilik nama Puteri Balqis Azizi menegaskan wanita berkenaan satu-satunya insan yang menyayangi dan mengajar dirinya untuk bercakap yang baik sahaja.

Orang yang anda kata itu adalah ibu saya. Satu-satunya wanita dan individu yang paling menyayangi diri saya. Tindakan anda (Mia), menyebabkan luka yang sukar untuk saya tanggung.

Saya dibesarkan untuk tidak bercakap perkara buruk tentang orang lain sekalipun hati saya disakiti. Saya dibesarkan untuk tidak memuat naik (foto) rupa yang hanya cantik tanpa memberi ilmu pengetahuan kepada penyokong dan kawan-kawan.

Saya tidak pernah dibesarkan menggunakan tudung sebagai alasan untuk bercakap perkara yang bukan-bukan di belakang media sosial dan demi publisiti. Saya adalah siapa diri saya.

Ubah ‘slang’ rempit

Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 menegur Mia untuk membetulkan tatabahasa Inggeris dan cara penulisan sebelum ingin mengutuk dirinya.

Dengan segala hormatnya, tolong betulkan tatabahasa awak sebelum berkata sesuatu yang buruk tentang saya. Ibu saya seorang pakar dalam mendidik saya bahasa Inggeris yang betul. Kami tidak menggunakan sebarang slanga tiktok ‘rempit’ seperti yang awak lakukan di TikTok dan Twitter.

Pakai tudung tidak memberikan anda akses percuma untuk bercakap buruk tentang orang lain. Agama tak memberikan anda akses percuma untuk mendera orang lain. ‘Hebatnya’ cara andai menunjukkan peribadi di depan jutaan para pengikut media sosial.

Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita.

Sumber: Instagram @morosechild

SKIP THIS AD ×