Gara-gara memuat naik satu foto yang didakwa tidak ‘senonoh’ di Instagram, nama pelakon dan pengarah, Michael Ang menjadi bualan hangat netizen.
Artikel Berkaitan: Patut Wanita Berniqab Kita Puji & Doakan Baik-Baik – Michael Ang
Artikel Berkaitan: Nak Bertutur Dalam Bahasa Malaysia Pun Susah – Michael Ang Solat Dalam Bahasa Inggeris
Aksi tidak sepatutnya
Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen mendakwa Michael Ang tidak menjaga sensitiviti dan nama baik Islam. Malah, netizen berkata foto tersebut sangat tidak senonoh dan tidak elok sekiranya dilihat oleh generasi muda. Menurut netizen lagi, perbuatan Michael sangat ‘mengundang’ meskipun sengaja dibuat bagi tujuan mempromosi drama terbaharunya.
Sekadar eksperimen sosial
Haha. ‘Social experiment’ untuk netizen neraka berjaya. ‘To proof a point’. Jangan percaya apa yang anda semua tengok dalam media sosial dan jangan buat andaian tanpa tahu sepenuhnya. Tapi bersyukur ramai juga netizen tak kecam keterlaluan. Yang ‘direct’ mesej dan maki aku, suruh aku keluar islam hanya sebab gambar cuma apa yang saya boleh cakap, nilai diri sendiri dulu! Jadi untuk pilihanraya nanti jangan hanya nilai apa yang ada di media sosial je. Buat research sendiri sebelum keluar mengundi. Jangan buat penilaian berdasarkan apa yang di sebarkan kat media sosial!
Susulan daripada itu, Michael tampil membuka mulut dan berkata posting tersebut hanyalah sekadar satu eksperimen sosial bagi melihat persepsi netizen. Tambahnya lagi, sebagai seorang individu, kita tidak seharusnya percaya apa yang dilihat di media sosial dan jangan membuat andaian tanpa mengetahui sepenuhnya.
Meskipun begitu, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan hantaran yang dibuat oleh pengarah terbabit kerana dianggap boleh mendatangkan fitnah.
Sumber: Instagram