Isu scammer bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Pihak yang tidak bertanggungjawab mula menggunakan pelbagai helah untuk memperdayakan kita sekali gus meraih keuntungan dengan cara mudah.
Pengarah Michael Ang bengang apabila terima panggilan daripada scammer menyuruhnya melangsaikan saman pengangkutan. Ini perkongsian pengalaman Michael Ang berdepan situasi itu. Marah betul ye…
Ingat kita senang nak cari duit!
https://www.instagram.com/p/BpEO3XsBqYj/?taken-by=michaelang38
Michael Ang kongsi pengalaman apabila terima panggilan palsu dari scammer hari ini. Nampaknya, pihak tidak bertanggungjawab ini telah menukar helah. Jika anda sedari, dahulu mereka menyamar sebagai pihak bank untuk memperdaya kita mendapatkan sejumlah wang. Tetapi hari ini mereka sudah bertukar strategi kononnya menyamar sebagai anggota polis pula.
Tadi aku dapat call, konon Polis Diraja Malaysia kata aku ni ada saman. Aku tekan no 9 dan sah-sah accent dia macam orang Bangla. Lepas tu dia mengaku orang Cina. Bila aku cakap Cina dengan dia, dia kata tak nak cakap Cina. Aku minta no KP kau, terus dia letak phone.
Michael Ang juga menasihati netizen agar lebih berhati-hati sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan itu. Hati-hati semua…
Ramai sangat scammer
Cubalah cari duit cara halal
Sumber: Michael Ang