berita

Mikrofon Dilempar Cardi B Dibida RM45,000

August 4th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Cardi B lempar microfon

Sebelum ini, tular di media sosial penyanyi Cardi B berang apabila seorang peminat menyimbah air ke arahnya ketika dia sedang membuat persembahan dalam satu acara di Las Vegas, Amerika Syarikat. Terkejut dengan tindakan penonton itu, Cardi secara spontan terus melemparkan mikrofon di tangannya ke arah individu berkenaan.

Terbaharu, mikrofon yang dilempar oleh Cardi B akan dilelong di eBay.

Artikel Berkaitan: Inspektor Shiela Cair Tengok Iqbal Zulkefli Pakai Baju Kaum India, Persis Shah Rukh Khan

Bidaan bermula rm2,300

Cardi B lempar microfon

Menurut laporan Mirror, mikrofon yang digunakan Cardi B ketika itu merupakan milik sebuah syarikat perkhidmatan audio, The Wave in Sin City.

Pemilik syarikat tersebut iaitu Scott Fisher memberitahu mikrofon tersebut masih berfungsi dengan baik walaupun telah dilemparkan oleh penyanyi berkenaan.

Kini mikrofon tersebut dikhabarkan akan dilelong di eBay bermula pada harga bidaan AS$500 (RM 2274) dan telah mencecah AS$99,000 (RM RM45,000), meskipun harga asalnya ialah AS$1,000 (RM4548).

Hasil jualan akan diserahkan kepada dua badan amal iaitu Wounded Warrior Project dan Friendship Circle Las Vegas.

Difahamkan semasa konsert berlangsung, Cardi B meminta peminatnya untuk  menyiramkan air kepadanya kerana cuaca panas ketika itu. Bagaimanapun, gurauannya itu dianggap serius apabila seorang penonton membaling air ke arahnya. Secara spontan, Cardi B membaling mikrofon di tangannya itu.

Sumber: Mirror

SKIP THIS AD ×