Di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia, seorang wanita berusia 41 tahun menjadi perhatian pengguna media sosial selepas dia berkahwin dengan remaja berumur 16 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Jutawan Hanya Perlu Cantikkan Diri Buat Suami
Artikel Berkaitan: Jisoo Blackpink & Ahn Bo-Hyun Sah Bercinta
Alasan bernikah remaja 16 tahun
Menurut laporan Detik News, wanita yang dikenali sebagai Mariana telah berkahwin bersama remaja lelaki yang bernama Kevin yang merupakan anak kepada kawan baiknya, Lisa.
Dari segi undang-undang Indonesia, Kevin masih remaja bawah umur.
Ketika kanak-kanak, Kevin sering datang ke kedai saya untuk membeli makanan ringan. Saya tidak menyangka akan berkahwin dengannya. Kami berkahwin dengan niat untuk menjalani hidup bersama, isu perbezaan usia itu tidak menjadi masalah.
Dikatakakan, Mariana memilih Kevin atas alasan remaja tersebut memiliki badan seperti orang dewasa dan sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
Suka lah, dia badannya besar juga. Tinggi bukan macam anak-anak, tapi seperti orang dewasa. Walaupun dia muda tapi tidak pernah keluar rumah. Melepak dan bergaul di rumah saja, dia anak baik, anak soleh dia tidak nakal-nakal. Dia sudah bekerja.
Mariana mengakui perkahwinannya dengan Kevin adalah yang pertama kali. Acara tersebut berlangsung secara sederhana pada Ahad lalu di rumah Mariana.
Sumber: Detik News