berita

Miley Cyrus Kini Bercinta Dengan Pewaris Rolling Stone

October 16th, 2013 | by Ai
Hollywood

Screen Shot 2013-10-16 at 9.17.46 AM

Miley kelihatan cantik sebelum dia memotong rambutnya

Selepas putus cinta dengan Liam Hemsworth, selebriti yang popular dikalangan remaja ini telah berkelakuan tidak senonoh ketika membuat persembahan di depan peminat.

Bukan setakat itu, muzik video terbarunya iaitu Wrecking Ball juga menimbulkan kontroversi selepas Miley berbogel tanpa seurat benang berlatar belakangkan prop bebola besi dan rumah yang dihancurkan.

Tak berhenti disitu, Miley turut memuatnaik foto-foto dirinya beraksi dalam keadaan yang agak seksi dan sungguh berlainan dari Miley yang dikenal sebelum ini. Sumber-sumber dari Hollywood mengatakan Miley mengalami tekanan perasaan selepas putus cinta dengan Liam.

Screen Shot 2013-10-16 at 9.14.48 AM

Namun semalam, sebuah portal berita Hollywood melaporkan bahawa kini pelakon berusia 21 tahun ini sudah menemui pengganti baru. Menurut laporan yang sama, Miley Cyrus kini sedang hangat bercinta dengan anak kepada pemilik majalah Rolling Stone, Theo Wenner.

“Dia sememangnya sedang berpacaran dengan Theo.

Miley juga bercerita mengenai betapa kacak dan baiknya Theo pada dia. Dia sememangnya telah jatuh cinta dengan Theo.” – dipetik dari Dailymail UK

Untuk pengetahuan, sebelum ini Theo pernah bercinta dengan selebriti iaitu Liv Tyler, 33.

Adakah kisah cinta Miley dan Theo ini akan bertahan lama? Harap sangat bintang yang dikenali dikalangan remaja ini kembali berubah seperti dahulu.

SKIP THIS AD ×