Merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rawatan sauna merupakan rawatan mandi wap untuk menyegarkan badan. Lazimnya, rawatan sauna dilakukan menerusi ruangan tertutup ataupun bilik yang direka khas agar wap kering mahupun wap lembap terperangkap di dalamnya.
Kebiasaannya, suhu di dalam sauna adalah sekitar 60 hingga 100 darjah celcius, dan ini merupakan julat yang selamat untuk manusia mengeluarkan peluh bagi tempoh yang singkat.
Pada dasarnya, pembinaan sauna adalah bertujuan untuk pemanasan badan dinegara-negara Eropah yang beriklim sejuk, namun begitu konsep ini telah dimodifikasikan bagi tujuan pengurusan berat badan.
Terdapat beberapa keistimewaan rawatan sauna ini, antaranya adalah dapat membakar lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Ini menunjukkan bahawa, amalan bersauna secara konsisten akan dapat membakar lemak dan kolestrol dalam badan. Selain itu, bersauna juga merupakan amalan praktikal bagi individu yang tiada masa untuk berjogging ataupun bersenam.
Rawatan bersauna turut dikatakan berupaya mengeluarkan toksin dalam badan dan kesannya kulit akan menjadi cerah, bersih dan sihat. Disamping itu, ia turut menyingkirkan selulit yang degil dibahagian perut dan peha.
Secara konklusinya, amalan bersauna mampu mengekalkan kecantikan dan bentuk badan yang ideal. Jadi, bagi individu yang kurang aktif untuk bersenam atau menjalani aktiviti riadah, anda boleh mengamalkan rawatan sauna ini bagi mendapatkan tubuh badan yang langsing dan cantik.
Sumber : Saunarumah.com, Sususejat.com