Kredit foto: Liputan6.com
Ais batu bukan sahaja berfungsi sebagai penyejuk minuman, malah boleh dijadikan sebagai salah satu petua untuk mendapatkan kulit yang cantik!
Kebanyakan para wanita yang menceburi dalam bidang permodelan akan menggunakan ais batu sebagai salah satu rahsia kecantikan mereka untuk mengekalkan wajah yang segar dan glowing! Ini beberapa kebaikan dan rahsia kecantikan menggunakan ais batu.
Artikel berkaitan: Rahsia Disebalik 6 Bahan Semulajadi Didaput Untuk Kesihatan Kulit
Artikel berkaitan: Malunya Muka Serupa Kulit Limau Sebab Pori Terbuka.. Jangan Risau, Baca Dulu Tips Ni!
Merawat pori kulit
Kredit foto: Maryjardin
Bagi mereka yang mempunyai masalah liang pori yang besar di wajah, boleh lah mencuba menggunakan ais batu untuk mengecilkan liang pori itu.
Seperti yang diketahui, pori wajah merupakan lubang kecil di kulit wajah yang menghasilkan minyak semula jadi untuk melembabkan kulit, akan tetapi jika tidak dibersihkan dengan betul liang pori yang terbuka dengan luas dan besar akan tersumbat!
Ais batu merupakan teknik yang paling efektif dalam meminimumkan ruang pori-pori tersebut, dengan menggunakan ais batu yang dibalutkan dengan kain dan disapukan ke muka setiap hari. Hasilnya sangat menakjubkan!
Merawat jerawat
Kredit foto: Keluarga
Manfaat yang terdapat pada ais batu bukan sahaja untuk mengecilkan liang pori malah ianya juga dipercayai mempunyai sifat antiradang.
Hal ini kerana, ais batu dapat mengurangkan pembengkakan dan kemerahan pada kulit wajah disebabkan jerawat. Bukan itu sahaja, ais batu juga dapat mengimbangi pengeluaran minyak yang berlebihan serta dapat mengecutkan jerawat.
Meningkatkan peredaran darah
Kredit foto: Cosderm
Penuaan kulit tidak dapat dihindari lebih-lebih lagi apabila usia semakin bertambah. Akan tetapi, proses penuaan kulit mungkin dapat dilambatkan sedikit atau dikurangkan dengan menggunakan ais batu.
Ais batu juga berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah pada bahagian wajah dan juga kepala. Ianya sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Mulakannya dari sekarang hasilnya pasti sempurna!
Kulit menjadi anjal & lembut
Kredit foto : Wanista.com
Bukan setakat dapat menyegarkan kulit muka, malah dapat menganjalkan serta melembutkan kulit muka jika sentiasa mengamalkan menekap ais batu ke kulit muka tiga kali dalam seminggu!
Sekaligus dapat membuatkan kulit semakin glowing dan flawless. Hasilnya sangat memuaskan jika kerap mengamalkannya dan percaya kepada prosesnya walaupun ianya mengambil sedikit masa.
Sumber: Pesonapengantin, Santai Sini.