Dunia global kini banyak kemunculan produk kecantikan yang dikatakan mengandungi bahan-bahan kimia dan juga dapat memberi kesan sampingan terhadap kulit wajah kita. Tidak dinafikan ada sesetengah produk kecantikan yang berkesan namun ianya dijual dengan harga yang agak mahal.
Hari ini, ramai yang berbalik kepada cara tradisional dalam penjagaan wajah secara semulajadi. Kos yang dikeluarkan juga mampu milik kerana bahan semulajadi ini hanya terdapat di ruang dapur saja. Tidak usah membazir duit membeli produk penjagaan muka. Ini tips semulajadi yang sesuai untuk wajah kita yang sering kelihatan letih dan kusam.
Tomato
Selain dari menghiris tomato dan diletakkan atas muka, buah tomato juga boleh dikisar dan airnya dijadikan ais kiub semalaman. Mudah, hanya sapukan ais kiub tomato tadi ke seluruh muka selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Kesannya, akan membantu kecilkan pori dan mengatasi masalah kulit berminyak.
Serbuk kunyit
Serbuk kunyit selalunya digunakan dalam masakan rempah ratus. Tidak sangka juga serbuk kunyit bermanfaat buat wajah kita. Serbuk kunyit ini mampu menghilangkan jerawat pada wajah.
Campur sedikit serbuk kunyit dengan air dan gaulkan (tidak pekat dan tidak cair), kemudian sapukan pada wajah selama 10-15 minit dan bilas dengan air.
Timun
Oat
Oat juga mampu menghilangkan kesan parut jerawat dimuka. Campurkan oat dengan sedikit air suam untuk kembang dan masukkan sebiji telur putih dan gaulkan. Sapu pada wajah dan dibiarkan 10-15 minit kemudian bilas dengan air sehingga bau telur hilang.
Cuka epal
Campurkan sedikit air cuka epal dengan 2-3 sudu air. Sapukan pada wajah dengan menggunakan bebola kapas di sekitar garisan penuaan. Jika pedih, tambah 1 sudu air dan gaulkan dan sapukan semula.
Air beras
Bahan semulajadi ini banyak khasiatnya pada kulit wajah kita. Mudah untuk didapati dan harganya pun tidak mahal. Hanya terdapat di ruang dapur saja. Sesekali dapat tenangkan wajah dengan bahan semulajadi apa salahnya.
Credit: Twitter Naufal Antezem