berita

Mimi Lana Alami Simptom Teruk, Tahap Oksigen Turun Sampai Paras 85 – ‘Hospital Tak Terima Pesakit Sebab Katil Dah Penuh’

March 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, makin ramai selebriti yang disahkan positif Covid-19. Terbaru, pelakon Mimi Lana mendedahkan dia dijangkiti Covid-19 sejak beberapa hari lepas.

Rasa tulang macam dipatah

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mimi, 27, menyatakan dia mengalami simptoms yang teruk.

Berkongsi mengenai gejala, pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata badan dia rasa sakit, menghadapi sesak nafas yang teruk, kahak berdarah dan sejuk menggigil.

Ceritanya, dia berdepan detik cemas apabila kadar oksigen menurun namun kebanyakan hospital tidak menerima pesakit lagi kerana kapasiti sudah penuh.

Bermula dari satu badan sakit rasa macam tulang semua dipatah patah sampai tak tahu nak duduk posisi macam mana, sejuk menggigil, kahak berdarah, berpeluh peluh sampai sesak nafas yang sangat teruk. Bahagian paling teruk oksigen saya turun kepada 85 pada dua hari lalu. Saya sangat panik.

Call banyak hospital juga, kebanyakan penuh sebab sekarang ni memang kes sangat-sangat banyak dan mereka tak terima pesakit sebab katil dah penuh. Cuma ada sesetengah hospital yang masih terima untuk rawatan oksigen kalau betul-betul kecemasan.

Sekarang baru saya faham bertapa sakit dan susahnya nak handle penyakit ni. Saya dah banyak kali kontak rapat, tapi tak pernah positif. Cuma kali ini nasib tak menyebelahi saya. Tapi alhamdulillah saya rasa lebih baik hari ini, cuma masih ada batuk, sakit tekak dan selesama sikit. Harapnya, saya akan pulih sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.

Fikir positif

Dalam pada itu, pelakon filem Pusaka ini menasihati individu yang menerima nasib sama agar tidak panik ketika sedang dalam kesakitan dan sentiasa berkongsi perkembangan kesihatan kepada kenalan rapat.

Untuk yang tengah alami benda yang sama, saya doakan awak semua cepat pulih dari penyakit ni. Keep strong and keep fighting. Kalau sesak nafas jangan panik, practice your breathing slowly, banyakkan duduk jangan baring sahaja. Jangan banyak fikir.

Kalau teruk pergi cari bantuan okey. Keep update to your love one your condition. Minum banyak air dan makan ubat. Fikir positif, ini hanya sementara untuk dilalui.

Sumber: Instagram @missmimilana

SKIP THIS AD ×