Hubungan cinta pasangan selebriti popular iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana bukan satu rahsia lagi. Dua bintang popular ini pernah diuji dengan perpisahan tetapi kembali menyulam kasih.
Artikel berkaitan: 5 Tahun Menjalin Hubungan, Mimi Lana & Syafiq Kyle Putus Cinta
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Kongsi Video Bersenam, Warganet Suruh Henti ‘Body Shaming’ – ‘Work Out Bukan Untuk Nak Nampak Kurus’
Bukan bercinta umur 12 tahun
Syafiq ditanya dengan soalan mengenai status hubungan apabila didakwa sudah berakhir. Enggan melayan gosip, Syafiq, 30, menganggap hal itu remeh malah tidak ada faedah untuk diberi perhatian.
Kata pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia bersyukur hubungan percintaan mereka masih dalam keadaan baik.
Kadang-kadang kalau jadi macam ni, bukan saya tak nak jawab tapi saya jadi malu. Saya segan. Kita bukan bercinta umur 12 tahun. Esok lusa nak kahwin dah ni, lepas tu nak layan benda-benda macam tu lagi.
Mungkin lima tahun lepas saya boleh layan benda macam ni tapi sekarang dia jadi cringe. Tapi selagi kami berada dalam hubungan yang baik, alhamdulillah.
Kita akan update benda yang lebih baik. Untuk benda-benda kecil tu, I don’t give a damn sebenarnya sebab benda tu buang masa saya juga.
Syafiq ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta aplikasi myIOU, di IOI Putrajaya, pada Jumaat.
Peminat tak tanya pasal peribadi
Tambah pelakon drama Nur, peminat juga lebih fokus kepada perkembangan karier seninya berbanding hal peribadi.
Jujurnya, fans saya tak pernah bertanyakan tentang hal perhubungan seperti ini kepada saya. Sepanjang saya mengenali mereka, mereka hanya nak tahu benda-benda yang saya buat dari segi karier.
Dalam pada itu, Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 memohon orang ramai agar mendoakan perjalanan kariernya berjalan lancar supaya dia dapat melangkah ke fasa seterusnya.
Saya berharap agar peminat dapat mendoakan kelancaran karier saya supaya ia memudahkan saya untuk menyusun perancangan seterusnya (kahwin) pada masa akan datang.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi yang pernah bercinta selama lima tahun memutuskan hubungan cinta mereka pada Mei 2020.
Namun, kedua-dua pelakon itu dikatakan sudah kembali bersama tetapi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.