berita

Mimi Lana Dipuji Macam Rogue X-Men, Netizen Nasihat Jangan Seksi Sangat

May 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Mimi Lana mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej baru dengan mewarnakan rambut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan: Mimi Lana Kongsi Video Bersenam, Warganet Suruh Henti ‘Body Shaming’ – ‘Work Out Bukan Untuk Nak Nampak Kurus’

Sama macam Rogue X-Men

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mimi memuat naik foto memakai ‘sport attire’ berwarna coklat gelap dengan rambut berwarna ‘ash grey’.

Penampilan aktres berumur 27 tahun itu mendapat respon positif daripada peminat yang menyukai. Ada yang menyamakan warna rambut pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin dengan watak Rogue dalam filem X-men.

@ssyuffiyudin: Rogue X-Men.

@thesyafiqofficial: Style rambut.. Macam Rogue X-Men.

@ashraf_zafran: Rogue Malaysia ke ni?

@emilylea____: Eh ingatkan filem X-Men.

@sheeramaureen: Sama sangat macam Rogue X-Men. Cantik la buat rambut macam ini.

Netizen kurang senang

Bagaimanapun, pelakon drama Hati Yang Tersakiti turut ditegur netizen kerana pakaian ‘work out’ itu terlalu mencolok mata.

@muhdrasyid91: Makin cantik makin tak cukup kain.

@jyha27: Macam mana la boleh selesa pakai baju macam itu.

@_aisyah_bahri_: Tak malu kah pakai macam ini? Apa yang mahu ditunjuk sebenarnya? Kesian pula.

Sebelum ini, Mimi sering dipersendakan warganet gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus.

Sumber: Instagram @missmimilana

SKIP THIS AD ×