berita

Mimi Lana Muat Naik Video Kerja Bersama Syafiq Kyle, Netizen Komen ‘Record Sebelum Tak Jadi Kahwin Kot’

August 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba majlis pernikahan aktor Syafiq Kyle dan aktres Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini dibatalkan.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Akad Nikah 18 Ogos Ini

Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ya Aku Sakit’ – Hantaran Instagram Mimi Lana Curi Tumpuan Warganet

Terbaru, Mimi Lana dilihat memuat naik satu video urusan kerja bersama Syafiq di Instagram.

Record sebelum tak jadi kahwin?

Menerusi perkongsian video tersebut, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah mereka berdua sudah kembali bersama? Di samping itu, ada juga yang mendakwa video tersebut dirakam sebelum berita perkahwinan mereka dibatalkan. Apapun, netizen menyifatkan kedua-dua pelakon tersebut sebagai indvidu yang profesional tatkala mempromosikan jenama makanan tersebut.

Terdahulu, Iman Tang telah menghantar satu mesej ringkas kepada tetamu dan jemputan khas memaklumkan majlis pernikahan Mimi dan Syafiq yang dijadualkan 18 Ogos ini telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×