berita

Min Yasmin Gelabah Julfekar Jatuh Sakit

July 1st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

944213_10151383736965938_511128579_n

Semalam laman Twitter digemparkan dengan tweet daripada penyanyi baru, Min Yasmin mengkhabarkan tentang keadaan Julfekar yang jatuh sakit secara tiba-tiba.

Menurut Min Yasmin, mereka sepatutnya keluar untuk bermain badminton apabila Julfekar tiba-tiba menelefonnya memberitahu tidak boleh bergerak.

Screen Shot 2013-06-30 at 20.43.09

Screen Shot 2013-07-01 at 10.30.55

Julfekar, komposer terkenal yang juga merupakan bos kepada Min Yasmin kemudian dikejarkan ke hospital kerana dipercayai tulang belakangnya tergelincir dan bergesel menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

Susulan daripada itu, Julfekar diarahkan untuk berehat selama tujuh hari sebelum menjalani rawatan lanjut pada 12 Julai 2013.

Sebelum ini, pernah timbul isu percintaan yang melibatkan Min Yasmin dan Julfekar namun kedua-duanya menafikan gosip itu walaupun Min mengakui keluarganya tiada masalah bermenantukan Julfekar.

Tak cukup dengan update di Twitter, Min turut memuat naik video Keek ke akaunnya yang menunjukkan suasana di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital.

Jom tengok video yang dimuat naik oleh Min Yasmin di bawah. Betul ke hubungan mereka setakat bos dan pekerja sahaja?

SKIP THIS AD ×