berita

Minta Duit Tak Dapat, Lelaki Bakar Rumah Tiga Ibu Saudara Buta

June 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa sangka anak saudara yang dibela bagai menatang minyak yang penuh sejak berusia 10 tahun lagi kini bertindak luar batasan. Seorang pemuda berusia 28 tahun berang sehingga membakar rumah pusaka yang diduduki oleh 3 ibu saudaranya yang buta gara-gara enggan memberikannya wang.

Menurut Utusan Malaysia, kejadian yang berlaku di Kampung Titi Besi, Arau Perlis pada jam kira-kira 3.30 petang selepas mangsa enggan memberi wang kepada suspek yang disyaki ketagih menghidu gam.

Sering mengamuk tak dapat wang

3 warga emas tersebut Halijah Ibrahim, 78, Che Manai, 73, dan Che Zainah yang hanya tinggal sehelai sepinggang terpaksa menumpang sementara di bengkel kraftangan milik mereka. Che Manai tidak menyangka anak saudaranya yang berusia 28 tahun itu sanggup membakar rumah pusaka tersebut.

Pada sebelah pagi sebelum kejadian, dia (anak saudara) ada meminta wang sebanyak RM10 dan saya beri. Tetapi selepas itu, pada sebelah petang dia minta lagi. Dia minta semua wang yang ada pada saya tetapi saya enggan menuruti permintaannya lagi kerana tahu dia ketagihan gam dan mahu beli gam untuk menghidunya.

Dia turut memberitahu bahawa anak saudaranya itu sering mengugut dan mengamuk jika permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dituruti. Pada hari kejadian mereka bertiga diselamatkan oleh penduduk kampung yang terdengar jeritan mereka.

Rumah baru buat mereka

Saya telah menggosok baju kurung baharu itu dan menggantungnya di dalam almari, namun sayangnya saya tidak sempat memakainya pada hari raya nanti

Persiapan raya mereka telah dilakukan namun tidak sempat merasa memakai baju raya baru apabila rumah mereka dijilat api.

Sementara itu,  Datuk Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk membina rumah baharu buat mangsa dalam masa terdekat ini.

Kita juga memberikan sumbangan segera seperti makanan dan barang keperluan lain seperti peti sejuk dan peralatan untuk memasak.

Sumber: Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×