berita

‘Tak Pernah Awak Jadi Imam, Al-Fatihah Pun Tak Ajar’ – Suzur Sofia

September 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Suzur Sofia Mohd Zaiza

Kemelut rumah tangga anak kepada jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza dan bekas isteri, Suzur Sofia masih berlarutan hingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Suruh Orang Meniduri Saya Beramai-Ramai Di Tempat Awam’ – Bekas Menantu Zainal Abidin

Artikel Berkaitan: Anak Zainal Abidin Mengaku Tak Bersalah Pukul Isteri, Suzur Sofia Enggan Berdiam Diri – ‘Saya Pastikan Semua Terima Akibat’

Tiada solat jemaah, al-Fatihah, nafkah

Suzur Sofia Zaiza

Terbaharu, Sofia menerusi perkongsian di TikTok mendakwa sepanjang dia mendirikan rumah tangga, bekas suaminya tidak pernah menjadi imam untuk solat berjemaah dan mengajarnya membaca surah al-Fatihah.

Malah, Sofia mendakwa bekas suaminya itu sudah bertahun tidak berkerja serta mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selain tidak memberikan nafkah kepadanya.

Selama saya mendirikan rumah tangga dengan awak, sekali saya tak pernah merasa solat berjemaah. Tak pernah sekali awak menjadi imam saya. Saya belajar dan mengikuti kelas mengaji bayaran sendiri secara online dan fizikal. Al Fatihah pun awak tak pernah ajar.

Nafkah awak tak bagi langsung pun saya terima kerana bagi awak peluang untuk cari kerja. Bulan demi bulan, masuk ke tahun lamanya berjanji untuk bekerja. Arwah ayah saya sehingga menutup mata risau akan anak perempuan sulungnya yang dia serahkan kepada awak. Awak gagal. 

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendakwa, bekas suaminya telah melelong kediaman mereka sehingga tiada lagi tempat berteduh.

Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak-anak ketika saya tengah bekerja kerana awak tak bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar.

Seminggu saya duduk di hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru dan memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah. Dan kalian gelakkan saya? Dan menuduh saya tinggalkan rumah dan anak-anak? Bergembiralah.

Dalam masa sama, Sofia berdoa agar keadilan akan berpihak kepadanya selain meluahkan rasa syukur kerana Allah telah permudahkan urusannya untuk membela nasib dan perjuangkan haknya.

Doa saya semoga Allah bagi keadilan dan tunjukkan jalan ya Allah serta janganlah persia-siakan perjuangan aku sebagai seorang ibu kandung dan seorang muallaf yang teraniaya.

Takkan kalian tenang dan bahagia. Aku hanya manusia biasa, perasaan sakit hati itu sifat manusia. Segala milik aku kalian rampas dan kalian caci maki semua orang yang Allah pertemukan dengan aku yang membantu.

Alhamdulillah, sekarang Allah tunjukkan satu persatu jalan untuk aku. Memulakan kehidupan baru yang lebih baik dan diluaskan pintu rezeki. Memiliki rumah sendiri serta perniagaan kecilan dan meneruskan perniagaan arwah ayah.

Allah tak pernah tidur. Sentiasa percaya dengan Allah dan Agama Islam itu mudah tapi individu itu sendiri yang merumitkan.

Terdahulu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Suzur Sofia.

Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×