Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati, Wan Emir Astar malam ini. Kata Mira, dia perlu mempercepatkan majlis perkahwinan berikutan kakaknya yang menetap di New York tidak dapat berada lama di Malaysia.
Artikel berkaitan : ‘Saya Beritahu Emak Mahu Berkahwin Dengan Emir, Namun Dia Masih Belum Melamar Saya’ – Mira Filzah
Terbaru, Mira memuat naik ucapan terakhir sebelum sah bergelar isteri malam ini. Mira turut memohon maaf dan memaklumkan majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja.
Mohon maaf
View this post on Instagram
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Tambah Mira lagi, malam ini bermulalah fasa baharu di dalam hidupnya jadi dia mahu meminta maaf seandainya ada pihak yang terluka atau berasa tidak senang dengannya.
Mira turut memohon doa orang ramai agar majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Majlis dibuat kecil-kecilan
Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 – 250 tetamu sahaja yang dijemput. Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya.
Kepada @miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua. Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you.
Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik.
#emiramirah
Jelas Mira lagi, majlis akad nikah malam ini dilakukan secara kecil-kecilan dan jemputan sekitar 200-250 orang sahaja. Jika keadaan sudah baik, dia akan menganjurkan satu lagi majlis khas untuk meraikan hari bersejarah ini bersama para peminat.
Sumber : Mira Filzah