Selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersuara mengenai dakwaan tidak membantu mangsa banjir, pelawak dan pengacara Harith Iskander tampil memberi penjelasan.
Artikel Berkaitan: Harith Iskander Dakwa Tak Bantu Mangsa Banjir, ATM Bersuara Siap Tepek Gambar Bukti
Maaf kalau terasa
Terbaru, menerusi ciapan di Twitter, Harith membuat permohonan maaf secara terbuka dengan tindakannya yang telah menyinggung perasaan segelintir pihak.
Bercerita situasi sebenar, Harith, 55, menyatakan ketika kejadian dia menggunakan bot sendiri bagi menyelamatkan 12 orang mangsa banjir yang terperangkap.
Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini waktu saya berada di ‘ground zero’ dengan bot sendiri sempat menyelamat 12 orang yang terperangkap.
Tak cukup anggota & kenderaan
Dalam pada itu, kata pemilik nama Harith Iskander Musa, pelbagai agensi telah turun padang namun dia tercari-cari keberadaan ATM memandangkan di saat itu mereka kekurangan tenaga kerja.
Bomba, Polis, NADMA ada. Dengan ikhlas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan.
Terdahulu, Harith mendakwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.
Sumber: Twitter @Harith Iskander