berita

Minta Tolong Suami COD Barang, Rupanya Ada Wanita Gatal Dah ‘Target’…Siap Berani Minta Nombor!

April 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Maisara Moohammad meluahkan rasa kecewa dan ‘geram’ apabila pelanggan sebelum ini yang pernah membeli kek yang dijualnya telah meminta nombor telefon suaminya. Bila disoal mengapa menginginkan nombor telefon berkenaan, sakit pula hatinya mendengar jawapannya.

Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…

Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!

‘Nak nombor dia boleh sis?’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi  tangkap layar perbualan yang dikongsi wanita itu, seorang gadis bertindak berani dan memberikan alasan mahu bertanyakan akan aksesori kereta jenis Toyota Vios. Bagaimanapun, peniaga itu sama sekali tidak memberikan nombor telefon suaminya dan memberikan alasan dia juga tahu mengenai kereta.

Pada masa yang sama, peniaga ini sempat memberikan alasan suaminya bukan seorang penjual kereta dan sempat memberikan ‘solusi’ akan permasalahan gadis ini.

Di bulan mulia ni, masih ada syaitan yang berkeliaran lepas ni time laki i cuti, no more cod. Tah kenapa laku sangat abang-abang Vios ni, tambah-tambah kalau laki orang.

Kalau nak cari lelaki, jangan cari yang handsome, cari yang bila kita tanya ,abang ada Vios tak?
Ada sayang ada. Hidup ni jangan terpengaruh sangat dengan lagu-lagu miang TikTok tu.

Berang dengan mesej yang diterima, gadis ini cuba mempertahankan dirinya dan menjelaskan dia sama sekali tidak berniat untuk ‘merampas’ suami kepada peniaga ini. Klimaks kepada kisah ini gadis berkenaan bertindak untuk menyekat nombor telefon peniaga ini. Aduh buat hal lah!

Mesej penuh:

Foto: Maisara Moohammad

Respon netizen

Sumber: Maisara Moohammad

SKIP THIS AD ×