Muncul juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan, Datuk Syafinaz Selamat sekali lagi menjadi perhatian peminat selepas dilabel ‘vampire’ dek kerana rupa paras cantik dan kulit kekal sihat walaupun bakal menjengah usia 50 pada tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor, Shila Azmah & Tomok Antara 13 Bintang Yang Bakal Berentap Di GV9
Artikel Berkaitan: Syafinaz Kongsi Video Latihan Nabila Razali, Lagi Sedap Dari Pentas AJL…Meremang Dengar!
Mula jaga muka seawal 16 tahun
Syafinaz Selamat menyatakan dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik ke atas mukanya. Tambahnya lagi, dia seorang yang memandang berat tentang kesihatan dan penjagaan kulit.
Saya memang mula menjaga kulit muka di usia awal iaitu semenjak 16 tahun lagi. Sebenarnya, kulit saya agak sensitif dan oleh sebab itu, saya lebih banyak menghabiskan masa dan wang untuk memastikan kulit saya dalam keadaan baik.
Menerusi laporan Gempak, Syafinaz bersyukur mempunyai kulit yang sihat pada usianya yang sekarang. Syafinaz turut sempat berkongsi ‘skincare’ yang digunakan untuk memastikan kulitnya sentiasa bersih dan sihat. Menurutnya, ‘mask’ muka menjadi rutin hariannya dan Syafinaz menyatakan bahawa dia mempunyai lebih daripada 10 jenis ‘mask’.
Tambah Syafinaz, dia juga tidak melupakan untuk mengambil dua gelas air kosong setiap pagi setelah bangun dari tidur.
Sumber: Gempak