“Aduh, enjin motor buat hal lagi! Time ni la kau nak rosak. Aku dah la tengah pokai ni!”
Korang yang selalu naik motor tu pernah tak alami situasi enjin motor asyik meragam. Baru je tukar minyak enjin, dah buat hal. Jangan ambil mudah tau masalah ni sebab takut melibatkan kerosakan komponen dalaman yang teruk.
Haa.. Sebab tu PETRONAS perkenalkan PETRONAS Sprinta UltraFlex™ untuk membantu menjaga enjin motosikal korang dan memberikan prestasi menunggang motosikal yang lebih lancar.
Teknologi UltraFlex™ melindungi komponen enjin motosikal.
Enjin merupakan komponen paling penting bagi sesebuah motosikal. Kalau takde enjin, tak bergeraklah motosikal korang. Enjin motosikal perlu dijaga dengan baik bagi memastikan prestasi motosikal berada pada tahap maksimum. Baru la sedap nak bawak.
Tempoh ideal menggantikan minyak enjin adalah berbeza bagi setiap pengeluar. Selalunya, antara 1,500 hingga 4,000 km. So, korang yang dah lebih jarak tu, eloklah bawa motor korang ke bengkel untuk tukar minyak enjin. Guna PETRONAS Sprinta UltraFlex™ tau!
Kenapa PETRONAS Sprinta UltraFlex™?
Kalau korang nak tau, teknologi UltraFlex™ diformulasikan daripada molekul adaptif yang lebih baik untuk menangani sebarang kesan akibat tekanan ke atas enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin motorsikal.
Minyak enjin ini juga diuji daripada pengalaman sebenar pelumba motosikal dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. PETRONAS kemudian dah menyesuaikan penggunaan minyak enjin ini supaya bersesuaian dengan situasi tunggangan, kondisi dan situasi di jalan raya.
Teknologi UltraFlex™ direka bagi melindungi komponen penting motosikal seperti enjin, klac dan gear. Walaupun korang menunggang dalam RPM tinggi, PETRONAS Sprinta UltraFlex™ mampu kekalkan kekuatan filem, kestabilan dan kelikatan minyak dengan melindungi komponen kritikal enjin daripada suhu dan tekanan melampau.
Selain tu, PETRONAS Sprinta UltraFlex™ mampu mengurangkan enapan sehingga 55% dan memberi perlindungan enjin 41% lebih tinggi berbanding minyak enjin biasa.
PETRONAS Sprinta UltraFlex™ menepati standard global alam sekitar
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Teknologi PLI, Eric Holthusen berkata, barisan produk PETRONAS Sprinta UltraFlex™ direka untuk mematuhi piawaian alam sekitar terkini di peringkat global yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti Euro 5 dan Bharat Stage(BS) VI.
Selain Malaysia, PETRONAS Sprinta UltraFlex™ turut dipasarkan di India dan Thailand pada suku pertama 2020 dan seterusnya diikuti Indonesia dan Vietnam.
Mahukan prestasi enjin motor setanding pelumba di litar lumba? Jom bertukar ke PETRONAS Sprinta UltraFlex™!
Minyak PETRONAS Sprinta UltraFlex™ ni dah diuji prestasinya dalam kejuaraan MotoGP musim lepas, bersama pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) sejak bulan Jun 2019 di GP Belanda. Buktinya, pasukan PETRONAS Yamaha SRT mencatatkan keputusan memberangsangkan dengan tujuh podium tau!
Kalau korang nak tahu, pelumba PETRONAS Yamaha SRT iaitu Fabio Quartararo berjaya meraih gelaran Rookie of The Year 2019 setelah menduduki tempat kedua pada perlumbaan Grand Prix Jepun musim lalu dan secara keseluruhannya pasukan PETRONAS Yamaha SRT mendahului klasifikasi ‘Independent Team’ dengan kelebihan 58 mata. Bukan biashe-biashe!
PETRONAS Sprinta UltraFlex™ sudah berada di pasaran sejak pertengahan November di semua kedai Mesra PETRONAS dan bengkel rakan niaga PETRONAS seluruh negara bermula RM15 hingga RM67 sebotol.
PETRONAS Sprinta UltraFlex™ ada empat varian minyak daripada Sintetik Penuh dengan pilihan F900-10W-50 dan F900-10W-40 serta separa sintetik melalui F700 SAE 15W-50 dan F700 SAE 10W-10 .
PETRONAS turut menawarkan rangkaian minyak mineral dan separa sintetik skuter dijual pada harga RM15 hingga RM33. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang PETRONAS Sprinta UltraFlex™, korang boleh klik kat sini.
Jadi, jangan ragu-ragu lagi! Jom bertukar je kepada PETRONAS Sprinta UltraFlex™!