Penyanyi yang melantunkan lagu “Terukir Di Bintang”, Yunalis Zarai atau lebih selesa dipanggil Yuna, merupakan seorang artis wanita yang memiliki personaliti gadis bertudung yang menarik dan fashionable. Dengan pembawakan imej sebegini, Yuna telah mencuri perhatian produk kecantikan Follow Me untuk menghasilkan wangian yang khusus serta tersendiri yang diberi nama Sence BFF Yuna.
Wangian dari Follow Me ini telah direka dan dicipta khas oleh Yuna, dimana wangian ini telah hadir dalam dua haruman kekal semerbak iaitu Decorate dan Design yang dijual pada harga RM26.90 disemua cawangan kedai kosmetik dan haruman terkenal seluruh negara.
Haruman untuk wangian Decorate menampilkan haruman flora kehijauan dengan aroma halus bunga mawar serta kasturi yang telah diadunkan bersama ambar. Manakala, haruman yang hadir untuk Design pula diibaratkan sebagai kesegaran dasar laut biru yang diterjemahkan daripada adunan buah-buahan dan keharmonian flora memikat kalbu.
Pada umumnya, wangian yang dihasilkan oleh Yuna ini bukanlah satu produk yang baru dipasaran. Produk wangian ini telah berada dipasaran hampir setahun yang lepas iaitu pada bulan Januari 2011.
Bagi individu yang ingin mencuba wangian yang lahir dari inspirasi Yuna ini, anda boleh dapatkannya di pusat-pusat kecantikan yang berhampiran dan pada harga yang berpatutan.
Sumber : Murai.com