berita

Mira Filzah Kekal Tenang & Fokus Kerja Walaupun Berjauhan Dengan Anak

February 1st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Berjauhan dengan anak pastinya sukar buat para ibu di luar sana. Apatah lagi jika anak itu merupakan anak tunggal bagi pasangan tersebut. 

Begitulah pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang meluahkan rasa lega apabila dapat melaksanakan kerjanya dengan tenang kali ini walaupun terpaksa berjauhan dengan putera sulungnya, Wan Khair Amir untuk pertama kalinya.

Artikel Berkaitan: Sukar Percaya Orang Luar, Mira Filzah Lebih Rela Jaga Anak Sendiri 24 Jam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mira Filzah Sedia Kongsi Populariti Dengan Anak

Artikel Berkaitan: Pilih Tema ‘Hot Air Balloon’, Mira Filzah Tetapkan SOP Untuk Majlis Aqiqah

Pertama kali berjauhan

Menerusi laporan Harian Metro, Mira, 29, menyatakan perasaannya yang makin tenang dan dapat memberikan segala fokus kepada kerja. Tambah Mira, dalam hal penjagaan anak, dirinya lebih selesa jika diurus oleh ahli keluarga seperti ibu bapa yang bantu memantau anaknya.

Saya baru mula masuk set penggambaran drama sejak kelmarin. Perasaan itu, Alhamdulillah santai-santai saja. Sebabnya untuk saya, selagi ada orang yang jaga Amir, saya okay, tak risau sangat. 

Setakat ini saya okay dan sangat tenang walaupun kali pertama di set untuk bekerja dan harus berjauhan dengan anak.

Oleh kerana jadual kerja yang sibuk, Mira memaklumkan bahawa dia sering kali berbincang bersama suami, Wan Emir, untuk sama-sama menyusun jadual dengan baik untuk pengurusan menjaga Amir. Pelakon TV Wanita Terbaik pada 2019 itu turut menyatakan bahawa mereka sering bertolak ansur antara suami isteri untuk anak. 

Bandingkan anak

Sementara itu, Mira menjawab isu sesetengah sikap yang suka membuat perbandingan terhadap anak selebriti. 

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman hanya mengambil positif daripada perkara sebegitu. 

Kita tak boleh kawal isu sebegini sebab ianya pendapat peribadi. Pada saya, setiap bayi ada tarikannya tersendiri.

Tambahnya, jika terlihat anak sesiapa sahaja tidak kira selebriti mahupun orang biasa, kita seharusnya hanya mendoakan yang terbaik buat bayi tersebut agar membesar dengan sihat dan menjadi orang baik.

Sekadar info, Mira Filzah selamat menimang putera sulungnya, Wan Khair Amir pada pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×