berita

Mira Filzah Umum Sudah Tunang, Beri Bayangan Bakal Ada Majlis Istimewa Oktober Depan

July 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini teka-teki dan spekulasi bahawa Mira Filzah bersama buah hatinya bakal disatukan menjadi tumpuan netizen. Terbaru, pelakon tersebut mengaku dia kini pinangan orang. Tahniah!

Artikel berkaitanPanggil Bakal Abang Ipar, Adik Bagi ‘Hint’ Mira Filzah & Tunang Bakal Disatukan Tak Lama Lagi?

Menerusi laporan Media Hiburan, pelakon dan pengacara itu juga memberi bayangan seolah-olah bakal ada satu majlis istimewa yang akan berlangsung Oktober nanti.

Masih di peringkat awal

InsyAllah, apa sahaja nanti pun media akan dijemput. Kita ada wakil yang akan melakukan semua itu. Dalam tempoh dua bulan ni saya ada juga sibuk mengenai hal lain juga. Persiapan sekarang tengah on going. Berapa percent tu saya tak boleh untuk kongsi apa-apa lagi. Masih di peringkat awal.

Tapi macam Mira cakap sebelum ini, kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagitahu. Tambah pula sekarang Datuk Seri Ismail Sabri bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.

Menurut Mira, rakan media tidak perlu risau kerana dia pasti akan menghantar jemputan sekiranya majlis yang dinantikan oleh semua bakal berlangsung. Buat masa sekarang, Mira mengakui ianya masih di peringkat awal dan tidak boleh berkongsi berapa banyak persiapan sudah dilakukan.

Pengacara Nona itu juga memberitahu dia tidak terbuka untuk berkongsi kisah peribadinya. Cuma, status dirinya sekarang merupakan tunangan seseorang.

Menggunakan perkataan ‘abang ipar’

Terdahulu, adik Mira iaitu Aina Fadhilah menggunakan perkataan ‘abang ipar’ ketika memberi ucapan hari lahir buat Wan Emir Astar. Pada masa yang sama, jejaka tersebut turut memuat naik satu perkongsian berserta gambar tangan seorang wanita dengan cincin di jari manis telah mengundang tanda tanya netizen. Bukan itu sahaja, nama ibunya dan Mira Filzah juga turut di tag pada foto tersebut.

Wan Emir turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua terutamanya ibu dan Allahyarham bapanya atas segala kebaikan, pengalaman dan memori yang diberikan selama ini.

Sumber: Media Hiburan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×