Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Angin Syurga iaitu Misha Omar, didakwa kononnya pernah berkahwin dan disebabkan itu dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya bersama tunang tercinta, Firos Ezzwan Rosly, 31 kerana ingin selesaikan kes perceraiannya dengan bekas suami terlebih dahulu.
Bagaimanapun sewaktu bertemu dengannya petang semalam, Misha dengan sekeras-kerasnya menolak dakwaan tersebut dan mencabar agar mana-mana pihak yang menimbulkan cerita itu tampil memberikan bukti.
Apa yang boleh saya cakap, dayus lelaki itu kerana menceraikan Misha Omar.
Biarlah apa orang nak cakap, lagipun saya tahu siapa yang sebarkan cerita-cerita macam ini. Kalau betul saya pernah berkahwin, kemukakan bukti. Pergi cari dekat mana-mana jabatan agama Islam yang mengatakan saya pernah berkahwin. – Tegas Misha sewaktu bertemu di The Bee, Publika, petang semalam.
Mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan tunang, penyanyi ini mengakui akan melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihannya itu sekitar bulan Februari tahun depan dan tarikh sebenar akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri akan datang.
“Alhamdulillah setelah ditangguhkan tahun lalu, kita akan langsungkan perkahwinan pada Februari tahun hadapan. Saya pilih bulan Februari sebab ia genap 2 tahun kami bertunang. Lagipun jika dilihat daripada jadual kerjaya saya, suku pertama tahun hadapan jadual saya agak lapang.
“Insyallah, selepas Hari Raya kedua-dua keluarga kami akan bertemu untuk membincangkan tarikh yang sesuai.”
Misha Omar dilantik sebagai duta pertama Colourland Paints
Dalam pada itu, penyanyi ini turut memaklumkan kepada pihak media bahawa majlis akad nikahnya akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan dan buat masa ini masih belum ada tema perkahwinan untuk majlis tersebut.
“Memandangkan saudara mara saya ramai berada di Kota Bharu, jadi akad nikah akan diadakan di sana. Insyallah.
“Untuk resepsi dan sebagainya, kakak saya sedang uruskan. Belum tahu lagi nak pilih tema apa. Keputusan ini pun baru sahaja diputuskan, jadi untuk soal penajaan pun saya belum fikirkan lagi.”
Merujuk pada perkembangan terbaru, Misha Omar baru sahaja dilantik sebagai duta pertama produk jenama cat terkenal, Colourland Paints dan mereka telah mengikat kontrak perjanjian selama setahun.
Selain itu, penyanyi ini turut mengumumkan yang dia bakal muncul dengan single terbaru yang akan dilancarkan selepas Hari Raya akan datang.
Bagi para peminat Misha, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik penyanyi tersebut yang sempat lensa kamera kami rakamkan sekitar majlis perlantikannya sebagai duta Colourlad petang semalam.