Dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe, segmen peragaan national costume antara yang ditunggu-tunggu. Ketika inilah setiap ratu akan cuba menampilkan ikon unik negara masing-masing untuk menambat hati juri.
Jika minggu lalu ratu Malaysia tampil dengan idea perahu bangau, ratu Thailand tidak mahu kalah juga dengan idea pakaian tersendiri.
Pakaian tradisi Thailand berubah jadi gajah
Memberi penghormatan buat haiwan sinonim dengan Thailand, pereka kostum, Tee Phasuk menampilkan idea, Chang, The Icon Of Siam mereka national costume berinspirasi gajah buat ratu mereka, Sophida Kanchanarin.
Menurut Tee, sebut sahaja Thailand, automatik orang akan memikirkan gajah. Haiwan ini menjadi aspek penting bagi negara itu dan rakyatnya.
Transformasi gajah putih
https://www.instagram.com/p/BqW8KupFnLo/
Paling mengagumkan, pakaian ini tidak hanya unik dan tersendiri, malahan turut mempunyai bahagian kepala gajah yang akan ditransformasikan apabila butang ditekan. Bahagian mekanikal ini diusahakan oleh pelajar King Mongkut’s University of Technology Thonburi.
Struktur kerangka kepala gajah berkenaan direka dengan aluminium bagi memastikan ianya ringan namun masih kuat menampung fabrik.
Unik mempesona
Sumber: Instagram Miss Universe Thailand, Facebook Miss Universe Thailand