berita

Misteri Bau Busuk Terjawab, Temui Mayat Isteri Yang Dikerat, Disorok Dalam Peti Sejuk & Kotak Ais

January 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Indonesia, mayat seorang wanita yang dikerat dan disorok telah ditemui oleh suami mangsa dalam satu kotak ais dan peti sejuk rumah pasangan ini yang terletak di Sumbawa.

Bau busuk dari rumah

Menerusi laporan Kompas, sebelum menyedari kejadian sebenar, penduduk setempat dikatakan berasa curiga dengan satu bau busuk yang datangnya dari dalam rumah mangsa. Mereka kemudian bertindak memaklumkan kepada suami mangsa yang dikenali dengan nama Muslim untuk memberitahu mengenai bau busuk tersebut.

Setibanya di rumah mereka, Muslim kemudian memanggil-manggil nama isterinya tetapi mangsa langsung tidak memberi sebarang respon atau menyahut panggilan suaminya itu. Muslim seterusnya bertindak memecahkan pintu rumah mereka dan segera mencari punca bau busuk yang dikatakan datangnya dari dalam rumah tersebut. Muslim terkejut apabila menemui mayat isterinya yang sudah dikerat kepada beberapa bahagian yang disorok suspek di dalam peti sejuk dan kotak ais.

Tubuh dikerat dan disorok

Menurut Kabid Humas Polda NTB Kombes Artanto berkata, ketika ini pihak polis masih menjalankan siasatan mengenai kes ini dan beberapa saksi telah dibawa ke balai polis untuk mmeberi keterangan.

Setelah kejadian jenayah itu dilakukan, mereka menemui kepala sampai badan korban yang berada di dalam cool box. Dan potongan paha sampai kaki dan tangan bahagian kiri dan kanan berada di dalam peti sejuk.

Tambahnya lagi, pihak polis telah melakukan bedah siasat dan keputusan forensik terhadap mayat mangsa. Sementara itu, mereka juga dikatakan sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam ini.

Sumber: Kompas, News Detik

SKIP THIS AD ×