Sebanyak empat mayat ditemukan tanpa kepala di pesisir pantai di Tanggamus dan Lampung Selatan dalam tempoh sebulan.
Artikel Berkaitan: Empat Mayat Tanpa Kepala Ditemui Tepi Pantai
Mayat tanpa kepala
Menurut Ketua Polis Lampung Selatan, Yusriandi Yusrin mendakwa bahawa empat mayat yang dijumpai tanpa kepala di perairan Jawa berkemungkinan adalah nelayan yang dilaporkan hilang oleh penduduk sebulan lalu.
Sebulan lalu ada kumpulan nelayan seramai 12 orang. Tiga terselamat dan sembilan tidak diketahui (hilang).
Dikatakan, keluarga tersebut mendakwa bahawa salah seorang mayat itu memakai pakaian yang sama seperti ahli keluarganya yang hilang.
Salah seorang mayat yang memakai pakaian itu, sama seperti yang dipakai oleh nelayan yang hilang.
Walau bagaimanapun, pihak polis akan menjalankan ujian DNA terhadap keluarga yang mendakwa mengenali ciri-ciri mayat itu.
Disyaki ini adalah mangsa kapal karam di perairan Jawa. Kami akan mengesahkan ini sekali lagi berhubung data dan bukti sahih termasuk ujian DNA daripada keluarga di Indramayu yang mendakwa kehilangan ahli keluarga.
Untuk info, mayat dijumpai pada 15 ogos lalu berada dalam keadaan reput 80 peratus. Manakala, mayat yang lain ditemukan dalam keadaan yang sama iaitu tanpa kepala, tangan serta kaki dan kesemuanya memakai seluar trek.
Sumber: Sumbagsel