Doktor jelita warganegara Russia, Ekaterina Karaglanova membuatkan keluarganya risau apabila dia gagal dihubungi selama beberapa hari sebelum ini.
Dia ditemui dalam keadaan menyayat hati di kediamannya, sebuah apartmen disewa di kota Moscow.
Ditemui mati dalam bagasi
Ekaterina yang mempunyai lebih 90 ribu pengikut di Instagram ditemukan mati dalam bagasi di rumahnya setelah tuan rumah memberikan kad akses kepada ibu bapanya. Bapanya telah memanggil ambulans namun Ekaterina didapati telah dilaporkan mati dengan kesan kelar di leher.
Polis mengatakan tiada bukti pergelutan berlaku di kediaman wanita itu dan senjata juga tidak ditemui di tempat kejadian, lapor akhbar Russia, Moskovsky Komsomolets.
Mungkin bermotif cemburu
Akhbar itu turut melaporkan jelitawan terbabit mempunyai kekasih baru dan merancang bercuti ke Netherland untuk menyambut hari jadinya pada 30 Julai ini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakam bekas kekasih Ekaterina ada berkunjung ke rumahnya beberapa hari sebelum kehilangannya. Walaubagaimanapun, perkara itu tidak disiasat lebih lanjut.
Bekas teman lelakinya itu tidak dapat dikesan setakat ini, manakala polis membuat kenyataan cemburu mungkin menjadi motif utama pembunuhan.
Ekaterina yang dikatakan mempunyai iras pelakon mendiang Audrey Hepburn baru sahaja bergraduasi dalam bidang perubatan bagi pengkhususan kulit.
Sumber: BBC, Independent, Sky News