berita

Misteri Pemandu Grab Hilang Terjawab, Keluarga Sahkan Mayat Dijumpai

May 28th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru viral di media sosial apabila seorang pemandu Grab dikenali sebagai Mohd Hanafiee Jaafar dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.

Terbaru, seorang rakan mangsa memuat naik status di twitter mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Kereta dipandu mangsa dilaporkan ditemui di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, pada 12.30 tengah malam Ahad lalu.

Tidak membuat sebarang spekulasi

Tweet pada Isnin lalu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya bersimpati mengenai nasib mangsa. Menerusi Harian Metro,  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Mayat terbabit sudah dihantar ke hospital dan kami sudah memaklumkan kepada ahli keluarga pemandu Grab yang hilang sejak Jumaat lalu untuk proses pengecaman sama ada mayat itu adalah pemandu Grab atau sebaliknya.

Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan polis.

Mayat disahkan oleh ahli keluarga

Difahamkan, Mohammad Hanafie Jaafar dilihat kali terakhir pada jam 4 pagi Sabtu dan keretanya ditemui di kawasan Indah Permai, di belakang pasar raya Giant, di kawasan tempat letak kereta dan tapak bazar.

Terbaru, tweet rakan mangsa memaklumkan bahawa keluarga telah mengesahkan mayat tersebut adalah mayat mangsa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber : Azuljailani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×