berita

Misteri Timbunan Tanah Merah Belakang Rumah Polis Akhirnya Terjawab, Rupanya Ada Mayat

March 29th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral satu kes polis di mana satu mayat lelaki dijumpai di tanam bersama timbunan tanah merah di belakang rumah suspek yang merupakan anggota polis berpangkat lans koperal di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat. Menurut Harian Metro, pihak polis bertindak atas laporan yang dibuat mengenai kehilangan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tidak pulang ke rumah.

Suspek positif methamphetamine

Ujian saringan air kencing dijalankan ke atas anggota mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine ketika tangkapan dilakukan.

Dia masih bertugas dan pemeriksaan mendapati dia mempunyai kes lampau dan beberapa kes bawah pemerhatian kita.

Suspek yang ditahan pihak polis didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau dibawah pemerhatian pihak polis.

Tunggu hasil post mortem

Yang mati itu sama ada overdose atau tidak, kena tunggu post morterm (proses bedah siasat) dan laporan dikeluarkan doktor.

Selain itu, ketika kejadian sama ada dia (individu ditahan) sedang bertugas atau tidak, saya belum tahu. Kena periksa dahulu.

Apa pun rumusannya, kami masih menunggu laporan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pihak polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa. Pihak polis turut menyiasat sama ada suspek sedang bertugas ketika hari kejadian ataupun tidak. Kes ini diklafikasikan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×