berita

MITI Keluar Garis Panduan Kerja Dari Rumah, Cuma 10% Dibenar Kerja Di Pejabat

October 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan untuk syarikat awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah tidak perlu ke pejabat dan hanya bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, perkara ini menimbulkan keliruan orang ramai yang rata-ratanya tidak jelas dengan arahan tersebut.

Artikel Berkaitan : Rakyat Keliru Arahan Kerja Dari Rumah, Minta Penjelasan Lanjut Kerajaan

Terbaru, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju untuk membenarkan pekerja dibawah pengurusan dan penyeliaan untuk bekerja cuma 3 hari dalam seminggu.

Bagi mengurangkan wabak jangkitan

Mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi kesihatan rakyat dan pekerja, MITI akan segera melaksanakan keputusan MKN supaya pihak industri memperkenalkan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik COVID-19 terutamanya di kawasan yang sedang menjalani PKPB.

Daripada jumlah pekerja di atas, maklumbalas yang diterima daripada industri, seramai 776,135 orang pekerja atau 25 peratus adalah pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan. Kumpulan ini diwajibkan untuk menjalani BDR bermula 22 Oktober 2020 selaras dengan keputusan MKN.

Menerusi siaran media yang dikongsikan oleh Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju untuk melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah  (BDR) atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan. Dasar ini dibuat selepas mendengar nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 ini.

Hanya kerja 3 kali seminggu, 4 jam sehari

Walau bagaimanapun, mengambilkira keperluan pihak industri yang memerlukan kehadiran sebilangan kecil pekerja peringkat pengurusan dan penyeliaan, MITI bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat yang dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan ini. Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB. Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing.

Kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha untuk mempertingkatkan pelaksanaan BDR sebagai norma baharu selari dengan kecanggihan teknologi terkini dan aplikasi atas talian. MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan SOP di kalangan pihak industri.

Walau bagaimanapun, selepas meneliti keluhan rakyat dan maklum balas yang diterima daripada pihak industri, MITI bersetuju untuk membenarkan maksimun 10 peratus pekerja yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat. Namun mereka dibenarkan bekerja hanya 3 kali dalam seminggu dan dihadkan hanya 4 jam iaitu 10 pagi hingga 2 petang.

Bagi syarikat-syarikat yang terlibat, mereka tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan dan hanya perlu mengeluarkan surat perlepasan perjalanan bagi setiap kakitangan. Selain itu, majikan turut perlu menetapkan panduan BDR yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing.

Sumber : Dato Azmin Ali

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×