berita

MLM2014 : Jalor Beri Saingan Kepada Virus & Sepahtu

November 15th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-11-15 at 1.35.10 PM

Persembahan dari kumpulan mana yang korang tertunggu-tunggu ketika menonton Maharaja Lawak Mega (MLM2014) malam tadi? Mesti Sepahtu dan Virus kan?

Samalah dengan kami. Tapi, selepas menonton persembahan kumpulan Jalor yang dianggotai oleh Rahim, Along dan Joey, dapat kami rasakan, team #underdog ini bakal beri saingan yang sengit buat kumpulan lain.

Mana taknya, di minggu pertama MLM 2014, kami rasakan Jalor telah membuat persembahan yang cukup hebat dan menyerlah.

Screen Shot 2014-11-15 at 1.42.38 PM

Malah, komen yang diterima dari pihak juri pun memberangsangkan. Kata Dato’  Jalaluddin Hassan, Rahim membuat keputusan yang tepat dan berbaloi apabila tidak lagi bersama Sepahtu.

Haa, korang rasa macam mana? Best ke tak persembahan Jalor malam tadi?

#Virus #viruspastiviral @zizanrazak869 @yus_jambu76 best ke takkkkkk??? #MLM2014 #liveupdate

A photo posted by OHBULAN! Official Fan (@ohbulanofficial) on

Satu lagi kumpulan yang ditunggu-tunggu adalah persembahan dari Virus yang dianggotai oleh Yus Jambu, Tauke Jambu dan Zizan Razak.

Namun, nampaknya, sebagai permulaan, persembahan mereka agak slow dan tak banyak punchline yang boleh kami ingat. Keserasian antara mereka ada, mungkin masih belum panas lagi kot.

Apapun, semuanya hebat-hebat. Undian pun boleh tahan sengit tau. Korang yang nak tengok pasukan kegemaran beraksi setiap minggu, jangan lupa undi ya!

SKIP THIS AD ×